Saturday 31 December 2016

Cerita Kartun Kami, (Kanak2 90-an)

Assalamualaikum,
Hi geng2 90an sekalian, pasti korang masih ingat cite2 kartun yang femes2 dulu. kalau tanye  kids skrang diorng cuma kenal upin ipin, ben10, boboi boy...
Untk entri kali ni nak share 10 kartun yang legend time 90an dulu...

1. Along
A.L.O.N.G ...Along, bijak pandai cerdas ...haha lagu along yg jd trend mark suatu ketika dulu."Along lebih kepada hiburan sambil belajar. Along merupakan maskot kucing besar dan turut disertai oleh Angah dan kucing betina, Acik. Segmen paling popular haruslah Siti Sifir. Rasanya Siti Sifirbanyak berjasa buat kita sebab senang ingat sifir. Seingat kami,rancangan ni disiarkan pukul 7 malam, waktu maghrib jadi ramai la budak-budak kena tarik telinga masa ni. Tapi paling kami tak sangka, siapakah orang disebalik maskot Along tu adalah pelakon Beto Khusyairy!"


2. Anak- anak Sidek
Dulu siap kumpul komik lg. Sebabkan cite ni la smpai skarang sukan badminton jd my favorite sport."Siapa tak kenal lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ini mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Dengan hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannyalah anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pulang pada tahun 1992. Selain rancangan TV, Anak-Anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik." 

3. Dimana Joe Jambul
Masa kecik2 dulu citer ni dah kira mcm mencabar minda dah.hahaha..."Rancangan berbentuk kuiz ini paling popular dulu. Ia direkodkan di dalam studio dan peserta perlu melalui beberapa segmen untuk memastikan Joe Jambul dan konco-konconya ditangkap. Watak Di Mana Joe Jambul merangkumi ketua mereka, Joe Jambul dibantu lima orang geng penjahatnya yang terdiri daripada saintis, pakar bom, pakar komputer, orang kuat dan sebagainya. Rancangan ini menguji pengetahuan am dan geografi kanak-kanak. Pengacara rancangan ini adalah Norzizi Zulkifli."



4. Keluang Man

Ni antara superhero pertama yg dikenali...."Lupakan Superman, Spiderman dan Ironman kerana kita ada Keluang ManKeluang Man merupakan siri animasi 2D berlatarbelakangkan 3D pertama di Malaysia. Namun cerita ni hanya bertahan selama tiga tahun dan diberhentikan apabila krisis kegawatan ekonomi tahun 1997-1998. Tapi lagu tema Keluang Man nyanyian Krisya masih melekat dalam kepala kami."



5. Usop Santorian

Suka sngat citer ni of course sebab kelakar dan satu lg dia punya suasana kmpung tu.. Allah mengamit memori."Usop, Dol, Abu, Singh, Ah Kim, Vellu, Abang Budin, Ayam Selebet merupakan siri kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994, Usop Sontorian merupakan siri animasi pertama di Malaysia. Lepas cerita ni, popularlah Parit Sonto, Johor."



6. Keluarga Yokies

Citer ni berkisarkan psal keluarga yg terdiri drpada telur. comel sangat watak2 dlm ni, ada papa yokies, ada mama yokies...haha'citer ni ditayangkan di rtm kalau tak silap, waktu petang....


7. Dragon Ball (GT, Z)
kalau citer ni memang takkan terlepas. penuh aksi... haha.. " dragonball Ada tujuh biji semuanya" tagline yg sangat2 femes dulu." Ia mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa. Son Goku ( 悟空 Son Goku?)Watak utama Mutiara Naga. Berketurunan Saiyan dan dilahirkan dengan nama Kakarot, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya dengan Chichi."

8. Sailormoon
Klau citer ni sepupu2 yg permpuan suka tngok, smpai i pun terjebak jugak...haha.. ape ye nama pemuda bertopeng tu? mamoro kan..haha
"Seorang gadis berpakaian sailor (sera fuku, seragam sekolah atau seifuku untuk siswi Jepang yang diadaptasi dari seragam pelaut) mengejar seorang lelaki bertuksedo dan memakai topeng. Keduanya bertarung untuk mencari Kristal Perak (Silver Crystal) yang ternyata tidak ada di tangan sang pemuda.Usagi yang terinspirasi akan kepahlawanan Sailor-V, berniat menjadi pahlawan seperti jagoannya. Hal itu terkabul saat bertemu dengan seekor kucing yang bisa berbicara bernama Luna serta membuat Usagi berubah menjadi Sailor Moon. Perjuangan melawan pasukan kejahatan tidak sendiri, perlahan Usagi menemukan teman baru yang juga termasuk pengawal kerajaan Bulan. Pada awalnya Sailor Moon memiliki empat teman termasuk Sailor-V yang ternyata adalah Sailor Venus, kepala pengawal kerajaan. Perlahan-lahan sejalan dengan cerita, dia bertemu dengan "Sailor" lainnya hingga bertemu dengan anaknya pada masa depan, Chibiusa (pada versi Sailormoon Super).Setelah berbagai pertempuran hingga membangkitkan kekuatan bintang mereka, Sailor Moon bertemu dengan "Sailor" dari galaksi lain.Hampir semua musuh yang dilawan berbasis pada nama bulan seperti Half Moon, Dark Moon, Death Moon, dan lain sebagainya. Musuh-musuh yang dilawan pasukan "Sailor" tersebut berasal dari semua kekuatan kejahatan yang mengincar Kristal Perak, yang diduga memiliki kekuatan tak terhingga."



9. Ninja Boy
Citer ni pun femes jgak... main pagi. the cutest character yg i remember the most ialah kucing tu..." hemo-hemo" "Di Malaysia, anime ini lebih dikenali sebagai "Ninja Boys" dan Ninja Boy Rantaro.Ia pernah ditayangkan di RTM2ntv7 dan Astro Ceria.Ceritanya agak mudah dengan Rantarou, seorang budak lelaki bercermin mata dan berambut merah, menghadiri Ninjutsu Gakuen (Sekolah Ninja). Dia ingin untuk menjadi ninja elit, tidak seperti bapanya yang hanya ninja biasa dan miskin. Di sekolah, dia berkawan dengan Kirimaru dan Shinbei."



10. Mirmo Zibang

Citer mirmo zibng ni, saya suka part lagu dia... best!!!"Katie (Kaede) Minami adalah seorang pelajar perempuan tahun kedua sekolah menengah rendah (tingkatan dua) yang ceria dan cergas. Namun, Katie sering terasa malu apabila bersama rakan lelaki yang sekelas, maka agak susah untuk dia berdating.Suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, Katie memasuki sebuah kedai misteri dan membeli sebiji mag koko berwarna biru. Setibanya di rumah, dia melihat di permukaan mag dan mendapati catatan yang tertera padanya: "Jika anda menyebut mesej ini sambil mencurahkan minuman koko panas ke dalam mag ini, seekor pari-pari cinta (muglox) akan muncul dan menunaikan apa-apa yang anda idamkan.
" Meskipun tidak percaya, Kaede terus mengikut kaedah tersebut lalu meluahkan impiannya untuk menjadi teman wanita Dylan (Setsu) Yuki, pujaan perempuan dalam kelas. Maka munculnya seekor pari-pari cinta bernama Mirmo (Mirumo). Mulanya Katie takut akannya namun lambat-laun, memahami bahawa Mirmo itu adalah muglox. Katie juga mendapati bahawa Mirmo lebih gemar makan coklat dan berbuat nakal daripada menolong Katie.Mirmo, nampaknya, merupakan putera raja kepada dunia muglox. Oleh sebab bimbang akan prospek berkahwin dengan Rima (Rirumu), bakal pengantin puterinya, Mirmo melarikan diri dari dunia muglox. Malangnya, Mirmo juga telah dijejaki Rima, Yatch si pencari orang, dan sekelompok muglox yang berbagai-bagai ragam. Maka berubahnya zaman persekolahan Katie dan rakan-rakannya."




No comments:

Post a Comment