Monday, 26 December 2016

Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum, dap ehh dap ehhh.. nk share resipi la hari ni. terjumpa kt fb (Resipi Orang Kampung) ... terliuq tengok... resipi  kali ni Sambal Tumis Udang

Bahan2 
400gm udang laut
5 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah kecil dimayang nipis2
2 biji bawang besar - kisar/ tumbuk
1 ulas bawang putih - kisar/ tumbuk
2 sudu kecil belacan- kisar/ tumbuk
Air asam jawa
Gula
Garam
Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil sehingga kekuningan dan masukkan bahan-bahan kisar dan cili blend...tumis sehingga cili benar benar garing dan masak...
Setelah garing, masukkan sedikit gula...Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam...
Masukkan udang..Sesuaikan rasa dan kepekatan... Udang tak perlu dimasak terlalu lama ye...Angkat dan bolehlah dihidangkan..

Saturday, 24 December 2016

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Eh korang nak makan kat mana arini?
Weh, jom gi shopping!
Citer baru tu dah keluar kat cinema, bila nak g tengok ni
Awak rasa kita perlu tukar perabut baru ke tidak, dah nak masuk tahun baru ni, kita mesti kena serba baru jugak...

Di Malaysia,ini antara perbualan yang biasa singgah di cuping telinga kita saban hari. Namun berbeza dengan penduduk di Aleppo, Syria. Nak makan pun terpaksa dicatu dek kerana kekurangan sumber. Menginap di hotel2 mewah memang jauh sekali. Dapat tido yang damai dan tenang sudah cukup buat mereka. 

Ini lah yang realiti terjadi Aleppo Syria. Krisis di Syria ni berlaku semenjak 2011, tp dunia bagai pejamkan mata, terpasung tangannya, tidak mampu berbuat apa2 sedangkan mungkar beraja. For me myself, kekejaman yg terjadi ini tidak dapat diterima akal waras.Kanak2 serta wanita dibunuh sesuka hati, disembelih, tanpa terpalit rasa belas kasihan.  Kadang2 terfikir di mana letaknye belas nurani meraka. 

Tahun 2011, bermula nya liku2 hitam bagi penduduk Aleppo apabila rejim Bashar al Assad melancar kan serang. Berikut merupakan kronologi krisis di Aleppo. Rentetan ini senang utk difahami apa sebenar nya yg terjadi di sana.




Ya Allah kami meminta ampun serta bertaubat kerana kami tidur lena di pangkuan tilam yang empuk, makan makanan yang sedap walhal saudara kami sedang dibunuh begitu kejam. Ampun kan lah kami ya Rabbi. 





kesan dari peperangan telah melumpuhkan Aleppo




Bandar yg dulu indah, kini menjadi runtuhan batu 
Sebak, serta sedih melihat hal yang terjadi, tp " apa yang aq perlu lakukan"
1) berdoa dan terus berdoa
2) beri sumbangan sebanyak mana yang kita mampu. bnyk saluran yg ada untuk kita sama2 membantu mereka
3) bawa anjakan paradigma dlm diri. berubah. jadi seseorng yg berguna kepada agama serta bangsa. 

"Iznkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
Penganiayaan datu bangsa terhadap
Satu bangsa yang lain
Begitulah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan
Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru yang tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya


Sampai bila...?
Sampai bilakah penindasan dan
Kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?

Aku sendiri menanti jawapnya..."



dipetik dari lagu Oda Bumi Anbia 


JOM rmai2 sertai segmen ini, this is one of effort that we can do to enhance the awareness regarding this crisis. u guys can click this LINK

Ayam bakar lada hitam

Ayam bakar lada hitam
credit:Ibu Aisy Anaqi‎ (MAHN)


Saya ternmpak rmai orang share kat fb resipi ni . Mcm sedap... InsyaAllah bole cuba buat nanti.
Bahan2:
1 ekor ayam (potong 2 dibersihkan dan tos airnya)
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
4 inci halia
4 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
Garam (secukup rasa)
4 sudu besar minyak zaitun
3 helai bay leaves
Cara2:
Kisar kasar bawang putih,halia,lada hitam bersama minyak zaitun (jangan kisar guna air)
Campurkan bahan kisar tadi bersama sos tiram,sos lada hitam,madu dan garam. Gaul rata.
Masukkan bay leaves dan gaul.
Kemudian salutkan bahan2 perapan tadi diseluruh bahagian ayam.
Perapkan semalaman.
Sebelum dibakar selitkan butter(potong dadu) dibawah lapisan kulit ayam.
Bakar selama 1jam pada suhu 180°
Setiap 1/2jam sapukan minyak/butter pada ayam supaya ayam tidak kering.