Friday, 28 February 2014

30 minutes per day ....It is enough to improve English

Assalamualaikum...

Not much i want to write, just to share a tip given by mdm yati ( my lecturer for English class)...since sharing is caring, then caring is loving ... i would like to share a brilliant ideas suggested by mdm yati during the lesson....
mdm said that someone being attractive if she or he can speak confidently in the public... wowww... this is what hard for me to do... i easily nervous when stand in front of people... i can feel that the adrenaline been secreted faster in my body....

so how to overcome this prob....tara tang tang....

this is the tip on how to improve english effectively:......speak, read, listen ,write in english  . do each in 30 minutes everyday... InsyaAllah, you can see the different.

i also practicing this technique with massive  hope that i can gain something beneficial  at the end of the learning process . just sharing what i have done until now... i tried to get rid of my enemy first: "the nervous"... then read more, because " those who read more, can write better,".......... so iqra' is important element to be implemented first .... doakan ambe berjaya ye....moga boleh beramalkn bersama tip nie....kita belajar nie niatkan kerana Allah S.W.T.............













Friday, 28 June 2013

kuAla krAi ku iNdah permai...

Assalamualaikum...

jurulatih: awak prkenal kan diri"

saya: nama saya wira hadi, asal kuala krai kelantan

jurulatih: kampung?

saya : depan skolah men.teknik.

pelatih1: wah, berigat, aku skoloh situ dulu, namo kmpung mu kampung GATAL!!!!

pelatih2 lain: wahahahahahaha........


masih teringat2 lagi scene yg berlaku time join kem plkn dulu kat cancun park 
lawak pun ada raso nye... tu la hajat di hati nak sembunyi nama kmpung, last2 terkena atas muka sendiri
.... tu la time2 muda"( terasa tua plak)"... 
moral nye jgn la  malu nak mengaku nama kmpung....(padahal skarang nie kat u pun still smbunyi kan nama kampung)...
maybe boleh buat entry psal salah silah serta sejarah nama kg gatal nanti...

sememang nye kuala krai sngat cantik dan unik... penduduk nye MasyaAllah, peramah skali....skali melawat kuala krai pasti hati tertambat....tak tau la tertambat dgan tali apa...

kuala krai sngat terkenal dgan lata2 nye yang indah...
antara lata yg terdapat dikuala krai ialah:
  1. lata rek
  2. lata berangin( yg dahulunye dikenali lata tunggeng)
view cAntik di lata berangin

senantiasa dikunjungi pengunjung





nie pula kesejukan di lata rek




selain drpada itu satu lg tempat menarik bukan sahaja perhatian pengunjung tempatan, malah antarabngsa ialah GUNUNG STONG....( Gunung Stong setinggi 1,433 meter  dianggarkan berusia tujuh juta tahun.   )

ada hostel dan resort 

air terjun tertinggi dimalaysia



sesuai utk berkhemah



berikut antara photo menarik di kuala krai...
keretapi antara perantaraan penting di sini

kuala krai sememangnye unik


pusat kraf kuala krai

pasar besar kuala krai


tangga krai yg famous


pemandangan tasik krai dari atas(tempat saya sentiasa jog)




jambatan bersejarah ... dimana laluan jepun suatu ketika dulu



zoo kuala krau dulu...kini sudah menjadi taman burung...


last but not least... kg gatal yg indah permai....

jom lawat kuala krai.....






Wednesday, 1 August 2012

gArAM,gulA n Air..... bukan makanan semata2 ...

 Sekadar berkongsi.... terjumpa artikel nie dlm fb.... menarik jika difahami


"Garam adalah diibaratkan sebagai masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita. Melihatkan masakan, adalah tidak sah jika sebarang masakan tidak menggunakan garam. Goreng telur pun pakai garam kan? Secukup rasa pastinya enak masakan kita. Jika terlebih, menyembur-nyembur masin jadinya. Begitulah juga kehidupan kita. Sedikit permasalahan yang timbul itu 
menjadikan hidup ini lebih berwarna. Ada saat untuk kita menangis, terasa, kecewa.


Segala perasaan ini tibul dek permalasahan yang berlaku di sekeliling kita. Ketiadaan masalah juga menjadikan hidup ini seolah-olah sepi dan layu. Masalahlah yang menjadikan kita lebih tabah, matang dan kuat untuk menjalani kehidupan. Tapi, ingat, usah berlebihan dalam masalah. Umpama garam yang terlebih dalam masakan, berlebihan dalam masalah membuatkan kita hidup porak peranda. Jika ada peneylesaian yang lebih mudah, selesaikannya dengan cepat. Usah berlebihan menimbulkan masalah untuk membuktikan anda mempunyai hati waja, sebenarnya orang melihat anda sebagai kurang cerdik, menyiksa diri sendiri.

Gula diibaratkan kejayaan dalam kehidupan. Tentunya manis apabila segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan kejayaan. Graduasi universiti, kenaikan pangkat, bercuti, keuntungan perniagaan, kaya dan berharta, segalanya meninggalkan kenangan manis dalam kehidupan. Dan, setiap kali menoleh kembali kepada setiap kejayaan kita, senyuman lantas terukir, menandakan nikmatnya kita berjaya. Sebagaimana terasa nikmatnya menghirup milo ais yang cukup rasa manisnya, kopi yang seimbang rasa manisnya dan teh tarik yang “kaw” adunan manisnya.

Namun, terlebih manis mengundang penyakit. Sinonimnya, diabetis. Begitu juga dengan kejayaan. Andai kita terus hanyut mengejar kejayaan dan kemanisan hidup dunia, pasti pertimbangan syariah makin diketepikan. Buat apa sahaja untuk kejayaan. Jalan kotor, tipu, rasuah, asalkan berjaya. Maka, ingatlah, bersederhanalah dalam mengejar kejayaan, kerana kejayaan di Akhirat adalah yang paling hakiki.

Air kosong pula umpama kehidupan kita. Kita boleh untuk terus meminumnya. Menghilangkan dahaga, namun tiada rasa. Adanya garam dan gula dalam segelas air kosong pastinya menjadikan minuman itu lebih berperisa. Garam menbuatkannya rasa masin, gula menjadikannya manis. Dengan permasalahan dan kejayaan, kehidupan kita lebih berperisa.

Kita mampu untuk bermain selamat dalam kehidupan tanpa melibatkan diri dengan masalah dan kejayaan. Lari daripada masalah, lari daripada mengambil risiko untuk mencipta kejayaan. Rasanya seperti setiap hari anda hanya meneguk air kosong,tanpa sebarang rasa. Sekali-sekala teringin juga untuk merasa sesuatu dalam tegukan anda. Itulah peranannya gula dan garam dalam air kosong anda.

Setiap masalah dan kejayaan adalah rasa yang membuatkan kehidupan kosong kita menjadi lebih berperisa. Usah takut dengan masalah, usah gentar mengejar kejayaan. Namun, usahlah berlebih-lebih dalam kedua-duanya, kerana berlebihan itu pastinya mengundang sengsara di hujung hari. Sentiasa bersederhana dalam masalah dan kejayaan. Ibarat garam, gula dan air kosong, itulah perisa kehidupan kita."